Tuesday 28 February 2012

Aku Bukan Kasanova : Luahan Rasa Seorang Awek (Pt. 5)

Gadis dan telefon. Gua agak, rupa S macam ni la based on suara dia. Kah-kah-kah..



Walaupun air liur dan lidah wanita itu lemah, namun ia mampu membuatkan lelaki tersungkur dan menggelupur  .:: Sumber : Wanita ::.


Namanya memang sedap. Cukup indah. Cukup puitis dan cukup ayu. Tapi, cukuplah aku panggil dia sebagai “S” saja dalam coretan aku kali ini. Bukan aku tidak mahu menyebut nama sebenarnya, tapi atas sebab keselamatan, aku terpaksa merahsiakannya. Mana tahu, kut-kut dia ada boyfriend dan si boyfriendnya ditakdirkan terbaca entri aku kali ini, tak pasal-pasal pula S kene tumbuk. Aku cukup tak gemar lelaki memukul wanita. Tak gentlemen.


Selain namanya , S mempunyai suara yang cukup sedap. Lembut.. Lunak.. macam burung tekukur baru belajar nak berjalan. Enam tujuh gelen jugalah air liurku berkecar semasa melayaninya  berbual hari itu. 


Sejujurnya, aku tidak mengenali S secara in person. Kononnya dia mendapat nombor aku dari salah seorang kenalan aku. Aku tak kisah. Dan melalui intonasi suaranya, niat dia menelefon adalah bukan untuk mengurat aku. Kerana agak bosan pada ketika itu, aku relakan saja. Bagi aku, memang tugas lelaki untuk membahagiakan wanita. Meminjamkan bahu sebagai tempat menangis, berkongsi masalah atau sekadar teman berbual. Tempat berbicara untuk melepaskan perasaan. Aku berpegang pada perinsip itu.


A shoulder to cry on. Camni la contoh dia. Bukan tugas lelaki utk buat gadis menangis.  Gua rasa sesal tiap kali gua  buat gadis nanges.  Harap depa semua  maafkan ketelanjuran gua. 


S menghubungiku semata-mata untuk “memberikan pandangan” mengenai lelaki. Katanya, setelah membaca tulisan-tulisan aku di blog ini, hatinya meruap-ruap untuk meluahkan pandangan itu. Masa mula dia sebut “meruap-ruap” itu, kembang juga mata kepala aku. Yalah, mulanya aku sangkakan dia meruap-ruap mahu ambik aku buat suami ! Terasa malu aku sekejap. Heh.


Logiknya, taklah aku faham mengapa S bersusah payah menghubungiku semata-mata untuk berkongsi pandangan dia itu. Apa faedah dia? Apa motif dia? Sumpah. Aku tak tahu. Adakah dia teman mantan awekku, Ifarra - yang mahu aku dikritik secara tidak langsung? Mungkinkah juga dia sebenarnya agen mana-mana GRO, eh NGO wanita yang sengaja “racun” aku? Atau dia semata-mata mahu mengkayakan Telekom Malaysia, sebab itu masa menelefonku dia dan bercakap lama-lama.


Entahlah. Biarlah. Apa pun aku tak peduli semua itu. Yang nak aku kongsikan adelah cara bagaimana S melepaskan geram dan memberikan pendapat. Hebat. Terkesima aku. Suaranya langsung tak tinggi, malah lagi lembut dari dodol yang sedang dikacau. Meleleh-leleh. Bunyinya macam isteri yang bercakap dengan suami yang dah lapan bulan tak dijumpai. 


Tetapi jangan keliru, disebalik kelembutan suara dan kelunakkan bahasa itu, S menggunakan banyak perkataan-perkataan yang kasar dan kesat. Perkataan-perkataan ‘ego’, ‘setan’, ‘jahat’, ‘bodoh’ , ‘jin’  yang dilebelkan kepada lelaki seperti mencurah-curah ke ladang gandum terselit di celah-celah kelembutan itu.


Whooops.. Sorry.. Mulot jahat ! Mulot jahat ! Cencored !


“ Orang lelaki memang teruk. Memang tak guna. Sentiasa tak nak mengaku kelemahan dan kesalahan diri sendiri. Pantang berlaku apa-apa dalam relationship, semua kesalahan nak di hempap pada perempuan. Lembu kerbau pun tak amal perangai begitu”. Bayangkanlah kata-kata sebegitu dengan suara yang lemak merdu dan nada suara yang lembut meleleh. Bingung sekejap jugak aku dibuatnya.


S menambah lagi. Dia makin lembut. Makin bermain dengan soal hati dan perasaan.


Hurm.. Sebenarnya, I sungguh-sungguh tak faham apa yang lelaki fikirkan. Dan sekarang I ragu-ragu apakah buah fikiran lelaki yang kononnya berakal sembilan itu boleh ditumpang atau setakat didengar melalui rongga roma sahaja..”


“Perkara pokok yang I nak cakap di sini adalah mengapa dalam kehidupan seorang lelaki, hanya ego dan martabat diri sahaja yang menjadi agenda utamanya? Jika jawapannya hanya untuk menunjukkan kekuasaan macam Firaun, atau untuk memberitahu kaum wanita bahawa lelaki adelah kepala kepada semua benda, maka tujuan itu telah pun tercapai. Sampai bila pun kami tetap tahu bahawa secerdik mana atau sehebat manapun semangat dan kemampuan kami, kami tak mampu menandingi lelaki. Kami tetap memerlukan lelaki untuk mengemudikan kehidupan kami dan kami tetap tak berupaya untuk membuat anak sendiri..”


You.. Biar I bagitahu you perkara yang selama ini lelaki tidak tahu dan tak mahu angkat tahu…”


Aku terdiam. Apelah agaknya yang dia nak cakap. Dub-dab-dub-dap dada aku. Cam ade rahsia besar jew dia nak bagitahu. Rahsia wanita agaknya.


Agak-agaknya, lelaki idaman S kene ade duit cash banyak macam ni.. Tu pun kalau lelaki tu xde kad kredit la..  


“Di hati perempuan, untuk menjadi hero tidak perlu ego. Tak perlu berperangai setan mahupun buaya. Tak perlu juga macho atau pandai berkungfu sana sini. Hero bagi perempuan adalah lelaki yang mampu melindungi dan menyanyangi kami sepernuh hati. Yang percaya pada monogami dan mampu menghantar kami ke Mid Valley, Pavvy atau KLCC dengan senyuman berseri dan poket berisi. Hanya itu, you. Hanya itu yang kami dambakan dari seorang lelaki..”


Aku tersengih. Memang sahih la yang berada di talifon aku tu benar-benar perempuan dan bukan “perempuan” yang banyak dekat Siam tu. Memang aku akui sifat dan nafsu perempuan memang banyak tang situ.


You.. keegoan itu hanya secebis perasaan. Perasaan yang timbul akibat tak yakin pada diri sendiri lantas mencari alasan untuk menutup kelemahan itu. Ego itu kadang-kadang bodoh dan menyusahkan. Percayalah cakap I, bahawa tidak semua perempuan yang suka lelaki ego. Sebaliknya, kami akan bertambah benci dan benci.. dan benci..”


Aku terdiam. Hanya membalas dengan beberapa “hurm” sahaja, tanda aku mendengar, bukan tanda aku setuju dengan kata-kata S. Lagipun, aku hanya sekadar tempat dia melepaskan rasa, bukan tempat berdebat. Biar dia lepaskan , biar dia rasa lega.


When old LOVE died, its actually the begining of a new LOVE. Breakups will only make you a better person in a relationship. Not worse - totallymejah


You.. harapnya I call you ni tak menambah keserabutan otak you yang baru putus dengan awek you tu.. Tak terniat sikit pun di hati I ni.. kalu you feel offended sebagai lelaki, I mintak maaf sangat-sangat. Anyway, I harap kalau you dah tak ada jodoh dengan dia, you akan jumpa dengan orang lain yang dapat bahagiakan you..”


Aku diam sahaja. Ya,benar dia kutuk lelaki. Tapi dia juga kutuk kaum dia sendiri. Tak perlu aku cakap apa-apa. Tak perlu aku panjangkan cerita bergaduh dengan dia pula.


Aku tahu banyak perempuan yang macam S; yang menjadikan kelembutan dan kehalusannya sebagai topeng untuk menyembunyikan segala yang buruk dan membusukkan golongan lelaki. Mungkinkah dia spesis yang terer menggunakan kata-kata yang sama dengan aku tapi berbeza jantina? 


Chumel kan budak ni... Mesti dia tgh cakap.. "Allluuuuw~"
Bagi aku, apa-apapun, bukan salah dia juga dia menjadi sedemikian. Mungkin selama dia hidup, dia telah dipertemukan dengan lelaki-lelaki yang salah. Lelaki yang “setan”. Yang “ego”. Yang “jahat”. Baru sekarang dia berkenalan dengan lelaki jenis aku, yang lemah lembut, nampak baik dan tahu menghargai wanita.


Jujurnya, aku juga pernah menemui wanita seperti itu. Juga pernah berkongsi macam-macam dengannya dari straw, gula-gula getah hinggalah bantal dan tilam. Dan aku yakin aku akan terus menemui perempuan yang seperti itu. Dicari atau tidak, ia akan tetap datang. Datang atau tidak, aku aku tetap mencari ! Heh.


Oh.. Neelofa.. Awat muka hang mengingatkan aku kepada mantan aku? Owh~ (Gambar Hiasan Semata-Mata)
***************************************************************


Tamat Entri kali Ini.


(This is just a fiction. Nonit to feel butthurt whatsoever)


This is Mejah. OUT~

2 comments:

  1. ko kan..memang xserik2 kan..benci la i macam ni..suke tau burukkan i..hahha...beb...kelas la entry ko...ntah2 si 's' tu spy kot...jeng3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei.. Cik Mirah... Ini fiction okeyh.. xde kena mengena dgn yang hidup atau yang telah mati, atau yang akan hidup..

      Gua xnak tudow sape2.. Gua taw mantan gua tu x sekejam gua.. lagipon, mantan gua tu, kalu dia nak cakap apa2, dia akan ckp direct dgn gua..

      Gua ade rasa respect yang tinggi pada dia. Lu orang jgn nak kutuk2 dia plak. Ish.. panjang plak gua bebel.. hahaha~

      thnax for reading and commenting.. (wink wink)

      (bukan member dia kowt.. ahaha)

      Delete