Tuesday 30 July 2013

ABK : Patah Hati

" so I’m Puttin’ my defences up. Cause I don’t wanna fall in love. If I ever did that I think I’d have a heart attack " - Demi Lovato
“Saya mmg suka berkawan dgn awak.”

“In fact, dalam bnyk2 org lelaki yg saya kenal, saya rasa awaklah yg paling rapat dan paham jiwa saya”

“Tapi, nak jadi lebih dari kawan tu, saya rasa payah sikit. Dah terbiasa macam ni.”

“Saya lebih selesa kita ni hanya berkawan"

“Sorry sangat-sangat, awak”.

Untuk kesekian kalinya, aku baca ayat itu satu persatu. Baris by baris. Huruf by huruf. Dengan penuh sopan ayat dia.

Friendzoned again. Atau bahasa mudah, tanpa kias dan tanpa lapik, aku kena rejek lagi.

Semalam lagi aku terima mesej tu dalam Wassap fon aku. Terdiam aku. Tak reply apa-apa pada minah tu. Dah hilang nafsu dah. Penantian aku sejak berapa lama tu , aku kira buang masa. Membazir dalam setahun setengah aku menunggu dia recover balik lepas kena dump sebab boyfriend dia malas nak pujuk dia merajuk.

Ya. Dia masih trauma kena tinggal dek ex dia. Jadi, dia takut untuk menjalin sebarang perhunungan lagi. Serik.

Biarlah. Mungkin Tuhan dah takdirkan minah tu bukan jodoh aku. Bukan aku tak selalu contact dia, aku contact. Bukan aku tak pernah reject awek lain sebab tunggu dia, aku buat. Bukan aku tak simpan duit dan tak ada plan untuk masuk meminang dia, semua dah ready. Cuma tunggu green light dari dia dan parents dia saja.

But bila dah baca mesej tu semalam, tak ke terduduk aku dibuatnya?

Aku suka scene ni. Banyak benda yang melantun-lantun. I mean, tiket wayang tu. Melantun atas katil.
Rasa macam nak mengamuk macam Lisa Surihani dalam cerita Ombak Rindu tu. Nak baling-baling semua GUNDAM aku yang tersusun berpuluh-puluh ekor atas rak tu. Nak hempuk-hempuk kucing aku dengan bantal busuk aku tu. Huh. Lantak la kucing aku tu nak merajuk pun. Nanti pandai la aku pujuk dia.

But, aku kan lelaki kuat. Sorry la, air mata aku tak jatuh bederai macam lelaki Korea yang jambu tu. Bukan nak cakap aku ni rock kapak atau macho gila, cuma bagi aku mahal benda alah tu. Hanya untuk certain-certain occasion saja air mata aku yang jernih dan suci tu akan keluar.

Tapi, aku pernah menangis kaw-kaw masa tengok cerita Pokemon The First Movie. Masa tu aku kecik lagi. Kira tak aci la, kan?

Woo.. Scene ni gua nanges terok woo..  Sedih siot! 3 kali ulang, 3 kali nanges kowt!
Frustrated? Tak de la sangat. Cuma lebih kepada risau je. Ye lah. Kalau aku boleh hidup selama 75 tahun kat dunia ni, aku dah habiskan satu pertiga dari tempoh tu. Dalam satu pertiga tu, aku dah tamat belajar,dah bekerja dan dah siap sedia untuk kawin.Tunggu the right one je. Tu life plan aku. Dah cun gila dah. Tapi,semua perempuan yang aku anggap calon menantu ideal bagi mak aku tu asyik-asyik tak sesuai. Tak compatible. Tak masyuk.

But melihatkan, ramai member-member yang dah kawin or yang dah bertunang, mana tak ghisaw ghimau nya aku?  Yang belom kahwin or nikah pon masing-masing ade makwe yang steady barang sorang dua. Even minggu lepas, awek first yang aku minat zaman sekolah rendah dulu pun ada mesej mintak alamat nak anto kad jemputan kawen. Beria-ria dia mintak buatkan aku rasa seolah-seolah dia tengah nak menganjing aku. Celaka sungguh.

Memang aku ni ditakdirkan untuk jadi gay ke apa ni?

Astarfirullah. Mengucap panjang kejap.

*tarik nafas kejap*

Aku bukak Fesbuk. Nampak Miss M tengah online.

“Hoi !”- sapa aku dalam private chat dia. Selamba je aku hoi-hoi kat awek orang. Atau lebih tepatnya, awek yang dah dirisik orang. Aku kan jenis jantan yang tak berapa taw malu.

“Hai Mejah !!!” – sahut dia. Cam happy je aku kacau dia. Nasib baik yang online tu dia, kalau balak dia yang online, bukan ke bala namanya.

“Saja kacau. Bosan..” – reply aku. Memang takde motif pun aku kacau dia. Sebab aku bosan je. Mungkin nak melarikan diri dari keserabutan kepala hotak aku.

“Ni alang-alang chatting, M nak tanya, bulan Disember nanti, Mejah ada kat darat x?” – soal dia.

“Hujung tahun ni, Mejah tak ada la. Outstation lagi.. Kenapa?”

“Owh.. M ingat nak ajak Mejah datang majlis pertunangan M. Boleh lah kita berburak-burak ! Asyik jumpa kejap-kejap je”

M dah nak bertunang ye? Tahniah.. jealous la dengan M” – balas aku. Dengan tak berapa sporting.

“Kenapa nak jealous pulak?” – tanya M, seolah-olah tahu aku sedang tarik muka.

Kate kazen gua, "Jelly" ni maksudnya cemburu. Bagi gua, "Jelly" tu sejenis makanan.

“Ye la. M kan dah dirisik. Lepas ni nak bertunang. Then tahun depan, InsyAllah , M akan kawen. Mejah ni ntah bila lagi la..” –luah aku. Saje buat-buat sedih. Mengharap simpati.

“ Mejah, you gonna get married. Don’t worry”- pujuk Miss M. Kondifen abis.

“But when?” – soal aku. Walau aku tahu soalan aku tu “bodoh bin tak berapa munasabah” untuk ditanya, apatah lagi untuk dijawab.

“Sooner than you imagine. *smiley*”- balas Miss M. Aku boleh bayang dia sedang tersenyum sewaktu dia menaip kata-kata itu.

“Sometimes, unexpected ?” –tanya aku. Sepontan.

“Yes. Sometimes, unexpected. Couldn’t even see it coming.” – jawab Miss M.

Aku terdiam menatap skrin monitor lappy aku.

Kawin = Sooner than I ever imagine + unexpected

Mungkin, seperti kata Miss M, aku harus terus percaya.

Rasa kecewa dan risau yang meluap-luap dalam diri aku yang hadir sejak semalam tiba-tiba hilang lepas membaca kata-kata Miss M.

Terima kasih, Miss M.

You just saved a life.



*****************************************************************

Salam satu Mesia.

Salam bulan puasa. Gua baw balik terawih ni. Korang tak gi terawih ke?

Keh-keh-keh. Okay, lets cut the chase and lets go direct to the point.

Satu je poin gua dalam entri kali ni.

"Pain and frustration that been inflicted by a girl, can easily be cured by another girl"

Or vice-versa. 

So, kalau korang pernah disakiti dan masih trauma untuk percaya pada orang baru dalam hidup korang, jangan takut untuk memulakan perhubungan baru. Sebab, kesakitan dalam perhubungan itu akan buatkan korang semakin matang, makin tabah.

Kira after every breakup dan failure, korang dah naik satu level baru. Macam main game candy crush la. Lepas korang crush gula-gula tu banyak-banyak, korang naik ke level baru. Dah makin power. Camtu la kiranya.

Don't stop beliving. Yang mana belum ada jodoh tu, masih single mingle, berdoalah pada Tuhan semoga jodoh tu dipercepatkan. Yang mana dah kawin tu, berdoalah semoga perkahwinan korang akan berkekalan dan bahagia selalu.



"Kita kahwin bukan sebab kita tgk kawan-kawan kita kawin pastu kita rasa kita kena kawin. Kita kawin bukan sebab kita rasa umur kita dah banyak. Kita kawin sebab kita rasa kita boleh bawak pasangan kita masuk syurga.." - ustat Kazim Elias.

Berdoalah. Kerana Tuhan itu Maha Mendengar.

Lagi-lagi bulan puasa ni.

Okay?

Take care, spread the love.

This is Mejah.Out.

5 comments:

  1. ololo...sabar ye

    ReplyDelete
  2. Sabar yea...kdg kdg jdoh dtg tnpa kita duga..alih alih dah nak kawen...

    ReplyDelete
  3. pernah dgr tak org cakap, bercinta dgn org lain, tunang dgn org lain, tup tup kawen dgn org lain. haa..
    tu lah JODOH. jgn putus asa :)
    Allah dah aturkan semuanya In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. pandai juga Mejah menarik simpati hahaaa...
    sabar lah Mejah, hidup kita ni semua sudah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa, memang lah kita ni manusia kadang kuatir dan takut akan banyak hal, tapi percayalah semua sudah di atur oleh Tuhan, tugas kita baik baik lah hidup dab berusaha dan jika waktunya sudah tepat akan datang.

    ciayooo!

    ReplyDelete
  5. Suka baca..inpn ramai kawan yg x kawin2 lg..tp lain lah klu pompuan. .trpksa tunggu pihak laki2..kbnyakkn yg jmp smua hampeh n x serius..mejah nesti Allah akn hantar jodoh yg trbaik.

    ReplyDelete